Saturday, 1 March 2014

Manusia RAKSASA..yeke?


Baru- baru ini dunia digemparkan dengan penemuan arkeologi Kaum Thamud- Nabi Hud a.s di semenanjung Arab. Penemuan arkeologi itu adalah rangka manusia yang berkali- kali ganda besar daripada saiz normal manusia seperti kita..jika betul..Subhanallah !! tetapi ramai yang meragui dan mempersoalkannya..kata mereka SUPER IMPOSE..dengan teknologi sekarang macam- macam boleh buat..Wallahu 'alam..(He knows better )... apa2 pun persepsi kalian...jom baca review ni...layannnnn :) 


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. 

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

 
Kaum 'Aad ialah kaum yang derhaka kepada Allah dan rasulNya Nabi Hud a.s. 

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain."  [Surah al-Fajr ayat 6-8]

"Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satu pun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti debu."  [Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42]


"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik? Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis."  (Surah as-Syu’araa’ : ayat 128-130)


[15]Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

[16]Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).  [Surah Fussilat : Ayat 15 - 16]


"Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.  [Surah Al-Haqqah : Ayat 6 - 7]

kita bebas menilai kebenaran/ kepalsuan maklumat ini...dan kita bebas membina perspektif kita sendiri ^^

1) xpenting pun penemuan arkeologi ni..main game lagi best
2) ala ada la tu mamat mana buat super impose..xda kaitan dengan aku pun
3) hmm..betul atau tidak maklumat ni aku kena cari dan check
4) Ya Allah jika ini benar, pasti ada ibrah (pengajaran) yang Engkau hendak berikan pada kami
5) Ya Allah...besaq gedabaknya rangka dia..xheran mereka boleh buat piramid..ah! wat ever....

dan pelbagai lagi perspektif yg kita bina dalam minda...after all, it does matter of what perspective that u have build. because it for sure determine your direction and decision for your own self...let's thinks about it 

dan ini lagi link tentang penemuan arkeologi yang mengejutkan..yang membuat kita berfikir dan berfikir..mungkinkah umat dahulu lebih maju dan bersistem dari zaman kita?? 




No comments:

Post a Comment