Sunday, 9 March 2014

tempahan doorgift..


white chocolate with crunchy bread
 
                                                               
                                                                    fudgy brownies cup

                                                                    crunchy choclate

cookies

 chocolate with alphabet/number

barangan umrah...







BERITA HARI INI...

hmm..kena tukar tajuk ni..

BERITA MACAM SELALU..ha baru betul
tiap- tiap hari berita selalunya pasal pembunuhan, buang anak, rogol, rompak, dan yg semakin mendapat tempat di dada akhbar adalah tentang hubungan luar nikah ( hubungan luar nikah ni including sms, instagram, facebook, dating.... and all sources that could be used in connecting people towards haram's things either in actions or words...u'll not find this meaning in any dictionaries ok..because this is from my meaning of ;hubungan luar nikah...^^ makin maju teknologi, makin banyak cara yg digunakan untuk melakukan maksiat...new technology bring new social problems..please elaborate..(hah, dah boleh buat tajuk karangan SPM ni)

recently, so many....i repeat..so many...social problem which connecting every class status...the problem including the very old man and not leaving the very young age as young as a new born baby..semua peringkat umur terlibat and they involve in so called 'jenayah berat'!!!!...but that's not weird..with new technologies and modern approaches people become more creatives than people back then. creative sometimes could be good and bad...remember that my friends..

apa duk babbling ni...heee...hmm, what i do want to highlight here is the big WHY????? 


kenapa yang terlibat dlm jenayah, some of them were MUSLIMS??
.............................................................................. .EDUCATED??
............................................................................... FAMOUS??
................................................................................ RELIGIOUS??
................................................................................ INTELLIGENT?

were their actions related to their WORLD VIEWS ??

"World views merupakan satu set tanggapan tentang orientasi
seseorang individu mempersepsikan realiti hidup dirinya dan persepsi
ini akan memberi kesan terhadap kognitif dan tingkah lakunya" Sue dan
Sue (1999) menyarankan Lokus Kawalan (LK) dan Lokus Tanggungjawab
(LT) sebagai dua komponen psikologikal utama dalam memahami world
views seseorang' 
(Tan Soo Yin, Sabri Hj. Zainudin Zainul & Sharon Yam Lee Hong, m/s 81-96)

so, that could be the reason...world view@ pandangan seseorang terhadap sesuatu isu/keadaan/perbuatan will influence  his/her judgement and actions.  what's important here is the world view...different people have different world view because every single person is unique and special...and their worldview were formed by what experience they have encounter, whom they have met, what they read, and what ever thinng..

world view yg terbaik adalah tanggapan bahawa whatever happen, what's going to happen, ....
is because  Allah wants it to happened in His ways....world view ini amat penting kerana ia akan mempengaruhi tindakan seseorang..contohnya,

contoh 1:

Seorang pemuda MUSLIM  bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat, mempunyai seorang ibu yang sakit tidak akan tergamak mencuri wang syarikat walaupun dia amat2 memerlukan wang...ini kerana tanggapannya terhdapa sihat& sakit adalah dr Allah, amanah untuk menguruskan wang dengan betul dan kebergantungannya pada Allah yang Maha Adil dan Maha Melihat..

contoh 2:

Seorang pemuda MUSLIM bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat, mempunyai seorang ibu yang sakit. sangup mencuri wang syarikat kerana yg penting dia dpt duit..betul@salahtindaknnya..itu blakang kira

parents especiallay perlu....amat perlu mendidik anak2 dengan berusaha sebanyaknya untuk menanam dan seterusnya membajai jiwa anak2 dengan menhubungkan seluruh aspek kehidupan mereka dengan Allah...


mari fikir2 kn....




-






Thursday, 6 March 2014

mood khamis..

berbaking lagi ^^ tgh mood mengasah kemahiran berbaking..so kena selalu buat baru lah jadi ya..hari ni buat fudgy brownies..yang org kata sedap sangat tu dan banana brownies..kebetulan ada beberapa ketui pisang yang dah terlebih masak duk simpan..konon nak bagi Amir ni mkn..banyak sangat smpai xtermakan..

Fudgy resepi derhaka..hihi..

resepi pertama kali cuba....ni main campak2 ja..xda sukatan sbb kebetulan ada coklat compound sepapan ja..ikut resepi asal guna coklat masakan..pastu terlupa nk timbang coklat compound tu..alamatnya, bahan2 lain pun xbertimbang lah..

ni resepi Fudgy brownies kodiang ^^

coklat compound secukupnya
gula secukupnya
garam secukupnya
mentega secukupnya
tepung secukupnya

masuk semua bahan tu..whisk kan saja..agak likat sikit..msukan dlm loyang..tp kisahnya resepi ni buat suku adunan..so to put the adunan dlm loyang xsampai ati sbb nati jadi leper...nuur letak lah dlm bkas cup cake..buh agak2 3/4 nk penuh....dapat lah 5 bkas..bila dibakar..dia kembang naik penuh cup...


ni lah rupa nya...mcm xmnarik kn.. tp skali mkn..allah, sedap.. suami mkn nk lg..ni xbetul2 ikut rsepi..kalo resepi btol lg sedap kot...

ni resepi nya..
http://www.secubitgaramnor67.com/2012/02/super-fudgy-brownies.html

slamat mencuba

Wednesday, 5 March 2014

Apam polkadot..mexican bun

hari ni bersemangat nak berbaking..kongsikan gambar dulu..resepi menyusul kemudian ya...pertama kali buat..so xberapa mnjadi..teknik xberapa kena..yeke..ke tangan ku keras..sbb tu xjadi..heeee ^^

mexican bun ni xletak inti..sbb apa..sbb malaih amat..nk tgu buat ni berjam2...next time buat br letak inti


ni plak apam polkadot...tp xbrapa jd..tp still lembut dan sedap..cewahh










Saturday, 1 March 2014

Kemuliaan bukan terletak pada luaran seseorang...

ini ada suatu kisah yg copy paste.xtahu dari sumber mana dan xpasti sejauh mana kebenarannya......tp sgt memberi iktibar..dan mengubah perspektifku 100% ...subhanallah..

jom baca dan reflect

Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)
Manusia RAKSASA..yeke?


Baru- baru ini dunia digemparkan dengan penemuan arkeologi Kaum Thamud- Nabi Hud a.s di semenanjung Arab. Penemuan arkeologi itu adalah rangka manusia yang berkali- kali ganda besar daripada saiz normal manusia seperti kita..jika betul..Subhanallah !! tetapi ramai yang meragui dan mempersoalkannya..kata mereka SUPER IMPOSE..dengan teknologi sekarang macam- macam boleh buat..Wallahu 'alam..(He knows better )... apa2 pun persepsi kalian...jom baca review ni...layannnnn :) 


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. 

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

 
Kaum 'Aad ialah kaum yang derhaka kepada Allah dan rasulNya Nabi Hud a.s. 

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain."  [Surah al-Fajr ayat 6-8]

"Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satu pun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti debu."  [Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42]


"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik? Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis."  (Surah as-Syu’araa’ : ayat 128-130)


[15]Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

[16]Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).  [Surah Fussilat : Ayat 15 - 16]


"Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.  [Surah Al-Haqqah : Ayat 6 - 7]

kita bebas menilai kebenaran/ kepalsuan maklumat ini...dan kita bebas membina perspektif kita sendiri ^^

1) xpenting pun penemuan arkeologi ni..main game lagi best
2) ala ada la tu mamat mana buat super impose..xda kaitan dengan aku pun
3) hmm..betul atau tidak maklumat ni aku kena cari dan check
4) Ya Allah jika ini benar, pasti ada ibrah (pengajaran) yang Engkau hendak berikan pada kami
5) Ya Allah...besaq gedabaknya rangka dia..xheran mereka boleh buat piramid..ah! wat ever....

dan pelbagai lagi perspektif yg kita bina dalam minda...after all, it does matter of what perspective that u have build. because it for sure determine your direction and decision for your own self...let's thinks about it 

dan ini lagi link tentang penemuan arkeologi yang mengejutkan..yang membuat kita berfikir dan berfikir..mungkinkah umat dahulu lebih maju dan bersistem dari zaman kita??